Jumlah penggantian dokumen sijil kelahiran akibat banjir di seluruh negara meningkat kira-kira tujuh kali ganda pada tahun ini berbanding tahun lalu.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusof berkata pada tahun lepas, pihaknya merekodkan sebanyak 1,046 kes dan jumlah itu meningkat kepada 7,808 pada tahun ini.